~aku sebagai belia berbangga menjadi warganegara malaysia~

Malaysia, sebuah negara yang aman , aku bergitu bersyukur menjadi warganegara ini.
Negara yang semakin pesat membangun membuatkan aku berbangga akan percapaian negara.
hari ke hari aku dapat melihat kerjasama dan perpaduan antara kaum semakin terjalin.
konsep 1 malaysia membuahkan hasil. Aku dapat melihat pelbagai kaum kini dapat duduk satu meja tanpa perbalahan. Tahniah kepada perdana menteri kita yang bergitu bernas mencetus idea ini.Malaysia kini lebih dapat mengorak langkah menuju kehadapan dalam sektor perpaduan. Tidak akan ada lagi perbalahan kaum yang sebelum ini pernah menggemparkan negara pada masa dahulu.Aku merasakan bahawa negara ini mampu menghasilkan belia-belia yang berjaya berikutan faktor-faktor yang begitu baik sekali.
Aku juga berbangga dengan negara ini kerana mampu mengeratkan hubungan sesama belia dengan mengadakan kempen-kempen belia seperti 1 belia 1 mlaysia atau menubuhkan kelab-kelab belia seperti kelab rakan muda bagi memberi pendedahan kepada belia dan melakukan aktiviti berfaedah.Selain itu ia mampu menerapkan semangat kenegaraan dalam diri kalangan belia apabila kita mengikuti program-program sebegini.Dengan ini kita haruslah berbangga dengan negara kita kerana kita mampu mendapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk mencapai kejayaan bagi golongan belia.Aku begitu berbangga menjadi belia malaysia."malaysia boleh belia pasti boleh"
Category: 0 comments

- sejenak secawan kopi-

eMMmm... rasa keharuman kopi menusuk ke rongga hidung..
keharuman menerjah ke pelusuk persekitaran..
aroma yang sungguh menyegarkan..


walaupun hanya dengan secawan kopi kita dapat berkongsi bersama seperti sebuah negara kita yang dapat berkerjasama antara satu sama lain walaupun berbilang kaum. Kopi yang dicampur dengan susu menghasilkan keenakan setitis kopi yang lazat.walaupun ia berbeza cecair tetapi mampu menghasilkan hasil yang baik.Hal ini samalah dengan kaum dinegara kita. walaupun kita duduk dalam percampuran kaum kita mampu menjulang kejayaan.Kini kita dapat lihat para belia kita saling mengembleng tenaga untuk memastikan negara kita maju kehadapan dan lebih berpandangan jauh.rasa pahit kopi dapat menunjukkan kepahitan hidup para belia kita sebelum mencapai kemanisan mahupun kejayaan.
Category: 0 comments

..BaNgkitlaH Wahai Belia sekaliaN..

 Belia sekalian,
bangkitlah dari mimpi mu
bangkitlah untuk membawa kemajuaan kepada negara,
janganlah kamu leka menghayati keseronokkan dunia,
bersatu hatilah kamu dalam mencapai kejayaan,
jangan mengharapkan belas insan lain,
berpadulah untuk menggenggam sebuah kehormatan untuk negara,
kerjasama merupakan tiang utama.

wahai belia sekalian,
adakah kamu tegar melihat kemusnahan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu??,
adakah kamu tidak tahu erti kepayahan untuk mendapat sebuah kemerdekaan dan kejayaan??,
Hari ini, ramai belia tidak dapat menghayati erti sebenar,
mereka hanya tahu berseronok dan melakukan masalah, 
dimana hilangnya semangat cinta akan negara kemana hilangnya taat dan setia kepada negara.
Masa kini rata-rata yang ditanya mengenai sejarah melaysia hanya pandai menggangkat bahu tanda tidak mengetahui.Apa gunanya kalau kita tidak mengetahui asal usul negara kita sedangkan kita golongan belia adalah golongan yang bakal menerajui negara kita pada masa akan datang.
Ada sesetengah belia dinegara kita menyindir lagu negara bahkan sanggup membuat rakaman untuk merosakkan lagu negara.
Layakkah belia sebegini menjadi pemimpin pada masa akan datang?
Perbalahan antara kaum dikalangan belia harus dielakkan.
Hal ini dapt dilihat dengan kes-kes pergaduhan oleh golongan belia disekolah mahupun IPT.
wahai belia elaklah semua ini dari hidup mu,
ia akan menghancurkan hidupmu mahupun negara,
kerana belia pemangkin negara bagi generasi alaf baru yang bakal melangkah ke daya wawasan.
Justeru iti tanamlah azam dan semangat, bersatu hati ,sedarlah dari mimpi yang lena berbaktilah untuk negara tercinta.
             "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"
Category: 0 comments

wahai anak 1 Malaysia

Rumah Bangsa – 1MALAYSIA

Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.
Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman
terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam,
semangat panas membara.
Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga
mengagih beban dengan saksama.
Lapan mata tangga,
lurus bertingkat diukur sama
berganding bahu melangkah sempurna.
Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.
Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.
Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.
Lapan tiang berdiri sempurna,
walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.
Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti untuk yang perlu
kita hiasinya segala termampu
kita namakan 1Malaysia,
terhimpun di dalamnya
segala amanah menuntut keringat semua.
Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.
Cemerlang bertindak, usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.
Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.
Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang, meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.
Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar, integriti teras jati diri.
Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannya
dengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.
Category: 0 comments

inikaH beLia zamaN sekaRang??







Add caption






Category: 0 comments

#beliA berwawasaN#



         Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun kerana dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas hari ini. Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia!


        Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


        Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

       Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.


      Jamaluddin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan mesyuarat itu mengenai Dr Faiz kepada Kabinet sekembalinya dari pelancaran misi itu. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pertukaran krew misi dalam tempoh empat jam sebelum pelancaran. “Saya juga telah mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan Malaysia kepada Rusia kerana menjadikan misi ini berjaya, yang amat bersejarah sempena kemerdekaan negara kita.

      “Ia juga amat signifikan bagi Rusia kerana tahun ini sempena 50 tahun negara itu menghantar satelit pertamanya buatan manusia (Sputnik) ke angkasa lepas,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas dimaklumkan oleh mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini. Jamaluddin juga berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana membantu saintis Malaysia membuat persediaan bagi kerja penyelidikan di angkasa oleh Dr Sheikh Muszaphar nanti.
Category: 0 comments

NEgaRaKu 1 BeLIa 1 mAlaYsia

  " 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"
                                                                      ~Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Haji Abd Razak~
Kata-kata ini juga dapat diseertikan untuk 1 Belia 1 Malaysia .Belia merupakan pemangkin negara. Belia juga boleh dikategorikan sebagai tulang belakang negara yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Tanpa belia kita tidak mungkin mempunyai warisan untuk mewarisi negara ini. Belia yang cermerlang mampu menghasilkan kerajaan yang berinovasi pada masa akan datang.
    Seperti yang dapat kita lihat, golongan belia pada masa kini ramai menyumbang kejayaan kepada negara dalam bidang industri mahupun sukan. Contohnya seperti Nicole Ann David yamg dapat mencapai gelaran pemain numbor satu dunia bagi sukan squash dan Shiekh Muszaphar Shukor sebagai angkasawan pertama Malaysia.
Hal ini menunjukkan bahawa belia mampu menyanjung nama negara di persada dunia.Inilah yang dikatakan semangat kenegaraan bagi golongan belia Malaysia.
  
Category: 0 comments