NEgaRaKu 1 BeLIa 1 mAlaYsia

  " 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"
                                                                      ~Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Haji Abd Razak~
Kata-kata ini juga dapat diseertikan untuk 1 Belia 1 Malaysia .Belia merupakan pemangkin negara. Belia juga boleh dikategorikan sebagai tulang belakang negara yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Tanpa belia kita tidak mungkin mempunyai warisan untuk mewarisi negara ini. Belia yang cermerlang mampu menghasilkan kerajaan yang berinovasi pada masa akan datang.
    Seperti yang dapat kita lihat, golongan belia pada masa kini ramai menyumbang kejayaan kepada negara dalam bidang industri mahupun sukan. Contohnya seperti Nicole Ann David yamg dapat mencapai gelaran pemain numbor satu dunia bagi sukan squash dan Shiekh Muszaphar Shukor sebagai angkasawan pertama Malaysia.
Hal ini menunjukkan bahawa belia mampu menyanjung nama negara di persada dunia.Inilah yang dikatakan semangat kenegaraan bagi golongan belia Malaysia.
  
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment