..BaNgkitlaH Wahai Belia sekaliaN..

 Belia sekalian,
bangkitlah dari mimpi mu
bangkitlah untuk membawa kemajuaan kepada negara,
janganlah kamu leka menghayati keseronokkan dunia,
bersatu hatilah kamu dalam mencapai kejayaan,
jangan mengharapkan belas insan lain,
berpadulah untuk menggenggam sebuah kehormatan untuk negara,
kerjasama merupakan tiang utama.

wahai belia sekalian,
adakah kamu tegar melihat kemusnahan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu??,
adakah kamu tidak tahu erti kepayahan untuk mendapat sebuah kemerdekaan dan kejayaan??,
Hari ini, ramai belia tidak dapat menghayati erti sebenar,
mereka hanya tahu berseronok dan melakukan masalah, 
dimana hilangnya semangat cinta akan negara kemana hilangnya taat dan setia kepada negara.
Masa kini rata-rata yang ditanya mengenai sejarah melaysia hanya pandai menggangkat bahu tanda tidak mengetahui.Apa gunanya kalau kita tidak mengetahui asal usul negara kita sedangkan kita golongan belia adalah golongan yang bakal menerajui negara kita pada masa akan datang.
Ada sesetengah belia dinegara kita menyindir lagu negara bahkan sanggup membuat rakaman untuk merosakkan lagu negara.
Layakkah belia sebegini menjadi pemimpin pada masa akan datang?
Perbalahan antara kaum dikalangan belia harus dielakkan.
Hal ini dapt dilihat dengan kes-kes pergaduhan oleh golongan belia disekolah mahupun IPT.
wahai belia elaklah semua ini dari hidup mu,
ia akan menghancurkan hidupmu mahupun negara,
kerana belia pemangkin negara bagi generasi alaf baru yang bakal melangkah ke daya wawasan.
Justeru iti tanamlah azam dan semangat, bersatu hati ,sedarlah dari mimpi yang lena berbaktilah untuk negara tercinta.
             "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment