hari ke hari aku dapat melihat kerjasama dan perpaduan antara kaum semakin terjalin.
konsep 1 malaysia membuahkan hasil. Aku dapat melihat pelbagai kaum kini dapat duduk satu meja tanpa perbalahan. Tahniah kepada perdana menteri kita yang bergitu bernas mencetus idea ini.Malaysia kini lebih dapat mengorak langkah menuju kehadapan dalam sektor perpaduan. Tidak akan ada lagi perbalahan kaum yang sebelum ini pernah menggemparkan negara pada masa dahulu.Aku merasakan bahawa negara ini mampu menghasilkan belia-belia yang berjaya berikutan faktor-faktor yang begitu baik sekali.
Aku juga berbangga dengan negara ini kerana mampu mengeratkan hubungan sesama belia dengan mengadakan kempen-kempen belia seperti 1 belia 1 mlaysia atau menubuhkan kelab-kelab belia seperti kelab rakan muda bagi memberi pendedahan kepada belia dan melakukan aktiviti berfaedah.Selain itu ia mampu menerapkan semangat kenegaraan dalam diri kalangan belia apabila kita mengikuti program-program sebegini.Dengan ini kita haruslah berbangga dengan negara kita kerana kita mampu mendapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk mencapai kejayaan bagi golongan belia.Aku begitu berbangga menjadi belia malaysia."malaysia boleh belia pasti boleh"